
Terdapat
sebelas daerah di negeri Kedah Darul Aman. Kesemua daerah- daerah dalam negeri
boleh dikatakan bermotifkan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Walaubagaimapun,
semakin hari sektor perindustrian semakin mendapat tempat di negeri ini. Antara
salah satu daerah yang mempunyai pertumbuhan sektor pertanian ialah daerah
Pendang. Daerah Pendang merupakan salah sebuah daerah dari sebelas daerah di
Kedah yang telah diiktiraf dan diwartakan dalam Kerajaan Negeri Kedah pada 1hb.
Februari 1957 sebagai sebuah daerah yang mempunyai pentadbiran tersendiri.
Sebelum ini Pendang adalah sebuah daerah yang kecil (subdistrict) iaitu berada
di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Star. Untuk informasi lebih mendalam,
daerah Pendang mempunyai lapan mukim atau dengan kata lain di bawah satu
pentadbiran daerah. Antara mukim tersebut ialah Ayer Puteh, Bukit Raya, Rambai,
Tobiar, Padang Kerbau, Guar Kepayang, Padang Pusing, dan Padang Peliang. Setiap
mukim ini ditadbir atau diwakili oleh seorang Penghulu Mukim. Penghulu ialah
ketua yang bertanggungjawab menjaga kepentingan bagi seluruh mukim yang
ditadbirnya sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik.
Daerah
pendang bersempadan dengan daerah Kota Setar di Utara, daerah Yan di Barat,
daerah Pendang Terap di Timur dan daerah Kuala Muda di Selatan. Keluasan Daerah
Pendang ialah 62,930 hektar atau 621,185 km persegi.