LATAR BELAKANG MUKIM TOBIAR
Mukim Tobiar luasnya 40.4 km persegi bersempadan dengan
Mukim Tualang di utara Mukim Guar Kepayang di selatan, Mukim Bukit Raya dan
Tajar di Barat, Mukim Rambai dan Padang Kerbau di sebelah timur. Terdapat 22
buah kampung di mukim berkenaan.
Nama asal Tobiar adalah daripada bahasa Siam yang bermaksud
itu duit (tubiar).
PENGHULU
Encik Mohd Shofi Bin Abdul Rashid
Peranan dan tanggungjawab Institusi Penghulu di Kedah Darul
Aman telah pun wujud sejak awal zaman Pemerintahan Beraja. Sehingga kini,
institusi ini mengalami perubahan struktur dan organisasi mengikut peredaran
masa.
Kini, perjawatan Penghulu sebagai Ketua Pemerintahan di
peringkat Mukim bertanggungjawab penuh kepada Pegawai Daerah selaku Ketua
Pentadbiran Tanah.
Penghulu merupakan Penjawat Awam yang ada hubungan terus dan
terlibat secara langsung dengan rakyat di peringkat bawah.
Tugas / Fungsi Utama :
- Pembangunan manusia dan kemudahan asas dalam mukim.
- Berkaitan Hal Ehwal Keagamaan.
- Bidang Sosial dan Kemasyarakatan.
- Bidang Ekonomi
- Bidang Keselamatan
- Pendidikan
PEMBANTU TADBIR
Maznah Bt Md.Rezoki
Skop Tugasan Kerani Penghulu
Pembantu Tadbir merupakan Penjawat Awam yang ditugaskan
secara langsung sebagai pembantu tugas Penghulu Mukim dan terlibat secara langsung dengan
masyarakat di peringkat bawahan.
* Pentadbiran Am
Pejabat
* Pemantauan
Pentadbiran JKKP
* Pengurusan Maklumat
Mukim
* Info Kemasyarakatan
* Info Program
Pembasmian Kemiskinan
* Pembangunan Insan
* Pembangunan Luar
Bandar
No comments:
Post a Comment